Hukum-hukum dan perbuatan khalifah Abu Bakar akan kami paparkan berikut ini sebagaimana dicatat oleh para ulama kita Ahlul Sunnah wal-Jamaah di dalam buku-buku mereka. Di antaranya
- Khalifah Abu Bakar telah menghentikan pemberian khums kepada keluarga Rasulullah SAW. Ijttihadnya itu adalah bertentangan dengan Surah al-Anfal (8):41 “ Ketahuilah,apa yang kamu perolehi seperlima adalah untuk Allah,Rasul-Nya,Kerabat,anak-anak yatim,orang miskin,dan orang musafir” dan berlawanan dengan Sunnah Rasulullah SAW yang memberi khums kepada keluarganya menurut ayat tersebut[1]
- Khalifah Abu Bakar telah membakar Fuja’ah al-Silmi hidup-hidup, kemudian dia menyesali perbuatannya.[2] Dan ianya bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW”Tidak boleh disiksa dengan api melainkan dari Tuannya.”[3]
- Khalifah Abu Bakar tidak mengenakan hukum had ke atas Khalid bin al-Walid yang telah membunuh Malik bin Nuwairah dan kabilahnya. Umar dan Ali AS mahu supaya Khalid dihukum rejam[4].
- Khalifah Abu Bakar telah melarang orang ramai dari menulis dan meriwayatkan Sunnah Nabi SAW. Dia berucap kepada orang ramai selepas kewafatan Nabi SAW,”Kalian meriwayatkan daripada Rasulullah SAW hadith-hadith di mana kalian berselisih faham mengenainya. Orang ramai selepas kalian akan berselisih faham lebih kuat lagi. Justeru itu janganlah kalian meriwayatkan sesuatupun (syaian) daripada Rasulullah SAW. Dan sesiapa yang bertanya kepada kalian, maka katakanlah:Bainana wa bainakum kitabullah (Kitab Allah di hadapan kita). Maka hukumlah menurut hala dan haramnya[5]
[2] [al-Tabari,Tarikh,IV,hlm.52]
[4] [Ibn Hajr, al-Isabah , III, hlm.336]
[5] [Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz,I,hlm.3]
0 komentar:
Posting Komentar